Antara cukai yang wajib anda bayar selaku pembeli rumah adalah Duti Setem. Ada sesetengah orang berpendapat bila kita beli rumah kita hanya perlu sediakan 10% deposit rumah sahaja walhal ada kos-kos lain yang perlu anda ambil tahu seperti cukai yang dikenakan oleh kerajaan.
Apa Itu Duti Setem?
Duti setem ialah cukai yang sangat penting bila melibatkan urusan transaksi harta tanah. Ia adalah cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas dokumen transaksi anda semasa pembelian atau pemindahan hartanah.
- Duti setem untuk Instrumen Pindahmilik (MOT)
- Duti setem untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan (Loan Agreement)
Cara Kira Duti Setem
Duti setem untuk Instrumen Pindahmilik (MOT)
- RM100,000 pertama: 1%
- RM100,001 – RM500,000: 2%
- RM500,001 – RM1,000,000: 3%
- RM1,000,001 dan ke atas: 4%
Sebagai contoh, Khairudin membeli rumah berharga RM500,000. Maka, cukai duti setem MOT yang perlu dibayar Khairudin adalah sebanyak:
- 1% daripada RM100,000 = RM1,000
- 2% daripada RM400,000 = RM8,000
- Jumlah Duti Setem yang dikenakan: RM9,000
Duti setem untuk Perjanjian Pinjaman/Pembiayaan (Loan Agreement)
- 0.5% dari jumlah pembiayaan
Jika Khairudin membeli rumah berharga RM500,000 dengan margin pembiayaan perumahan 90% loan (10% deposit dikeluarkan oleh Khairudin sebagai deposit), bermakna pembiayaan yang diambil oleh Khairudin adalah sebanyak RM450,000. Maka, cukai duti setem yang perlu dibayar oleh Khairudin adalah sebanyak:
- 0.5% x RM450,000 = RM2,250 duti setem yang dikenakan
Kesimpulannya, ada dua jenis duti setem yang perlu anda bayar semasa membeli rumah iaitu duti setem bagi Instrumen Pindah Milik (MOT) dan duti setem bagi Pinjaman Perumahan (Loan Agreement). Semoga bermanfaat.
BACA: APA KENA BUAT KALAU JUMPA RUMAH YANG KITA MINAT?
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
1. Combo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258