Info Hartanah

Apakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

Apakah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)?

Bagi memudahkan pemilikan rumah kediaman khususnya untuk belia, kerajaan menyediakan jaminan kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) untuk memberi akses pembiayaan kepada golongan pekerja gig, pengusaha kecil dan petani yang sukar membeli rumah kerana tiada pendapatan tetap.

Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Untuk memohon di bawah skim ini, purata pendapatan bulanan pemohon hendaklah sekurang-kurangnya RM1,000.00.

Kriteria Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Tempoh Pembayaran Pembiayaan

Pihak SJKP membenarkan jaminan untuk tempoh pembayaran sehingga 35 tahun atau usia peminjam 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.

Tetapi ianya bergantung kepada syarat pembiayaan yang dikeluarkan oleh institusi-institusi kewangan sama ada mereka membenarkan tempoh pembiayaan berkenaan.

Terma & Syarat Pembiayaan

Jumlah Pembiayaan : Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT)
Jenis Pembiayaan : Pembiayaan Berjangka sahaja
Tempoh : Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu
Kadar Faedah : Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman
MRTA / MRTT : Wajib
Lain-lain : Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

Cara Permohonan

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

1. Combo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

Related Posts

Compare

Enter your keyword