Info Hartanah

Jual Rumah Tanpa Guna Agent. Boleh Ke?

Boleh ke jual rumah tanpa guna agent pon? Jawapannya BOLEH. Namun ada beberapa perkara yang perlu anda peka dan ambil kira. Antaranya ialah:

1. MASA

Sanggupkah anda luangkan masa untuk menjawab segala pertanyaan serta persoalan yang diajukan oleh prospek pembeli setiap kali orang nak tengok rumah? Ada kalanya soalan yang ditanyakan bakal merunsingkan kepala anda. Hal ini demikian, lazimnya orang pertama yang view rumah anda tak semestinya confirm 100% nak beli terus rumah anda. Ada kemungkinan anda perlu melayani 20 orang prospek sebelum dapat pembeli sebenar. Ada yang mungkin window shopping sahaja.

Belum kita ambil kira lagi kes pembeli yang kata nak datang tapi lewat berjam-jam malah ada jugak yang tak muncul-muncul. Hilang dari radar terus. Call tidak diangkat, WhatsApp tak read/bluetick pun. Mesej tak balas dan bermacam-macam lagi.

Di sinilah servis kami sebagai perunding hartanah/property agent memainkan peranan dengan melayani seberapa banyak pembeli yang ada, ulang alik ke rumah, menunggu, membuka pintu dan tutup semula, melayani setiap persoalan pembeli supaya anda boleh fokus weekend anda dengan aktiviti keluarga. Tambah lagi, kami akan semak anggaran kelayakan bakal pembeli rumah untuk memastikan prospek yang dibawa mempunyai potensi untuk membeli rumah anda. Jimatkan masa anda dan mudahkan urusan semua pihak yang terlibat.

2. KOS

Hakikat yang perlu pemilik rumah terima ialah banyak kos yang perlu dikeluarkan bagi mendapat pembeli yang benar-benar berpotensi. Antaranya, anda perlu keluarkan modal bagi tujuan pemasaran hartanah. Perlu anda faham setiap range harga rumah mempunyai strategi pengiklanan yang berbeza. Hanya property agent sahaja tahu bagaimana strategi yang perlu dilakukan kerana itu ialah kerja hakiki mereka. Di samping itu, anda dapat jimatkan kos pengiklanan. Semua akan dicover beres oleh agent yang dilantik.

Tambahan lagi, kos minyak dan tol juga perlu diambil kira. Andai kata 20 kali orang datang tengok rumah anda, cuba la anda kirakan berapa banyak kos yang anda perlu keluarkan. Namun untuk makluman anda, jika anda lantik agent untuk uruskan segala kos ini ditanggung sendiri oleh agent. Kos tersebut sudah termasuk dalam servis charge yang dikenakan.

3. SKILL & ILMU

Skill dan ilmu yang dimiliki setiap individu adalah berbeza-beza. Sama juga konsepnya bila melibatkan penjualan hartanah. Hartanah ini big ticket item. Kos besar dan perlu adanya purchasing power yang kuat.

Jika anda menggunakan khidmat agent hartanah, mereka akan bantu anda berbekalkan skill individu dan ilmu yang mereka ada. Mereka lebih faham akan selok belok transaksi jualan dan pembelian hartanah berbanding orang awam. Malah, mereka dapat berikan nasihat yang terbaik untuk anda jika perlu ada penambahbaikan pada hartanah anda untuk menarik minat lebih banyak pembeli berpotensi.

Semua ini datangnya daripada pengalaman dan kepelbagaian cabaran dan kes-kes sebelumnya. Maka, mereka lebih cakna dengan risiko setiap atau sebarang tindakan semasa proses transaksi berjalan.

4. NETWORKING

Dah ada pembeli pula tapi pembeli ambil masa sangat lama untuk dapatkan loan approve kerana mereka perlu pergi ke setiap bank dengan sendiri, ada pula yang mempunyai kekangan masa nak cari banker kerana faktor kerja. Jika dah approve, satu hal lagi nak mencari lawyer yang boleh uruskan perjanjian jual beli. Kemungkinan proses yang sepatutnya singkat ini akan menjadi sangat lama dan akan merugikan masa kedua-dua pihak iaitu pembeli dan owner.

Disitulah servis kami iaitu dengan menggunakan Bankers & Lawyers yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk mempercepatkan proses jualan. Kami juga mempunyai jaringan networking yang luas bagi memudahkan rumah anda terjual dengan lebih cepat. Kebiasaannya, kami tidak bergerak solo. Kami akan bergerak dalam satu pasukan atau team untuk usaha membantu lebih ramai pelanggan dalam urusan hartanah.

Kesimpulannya, jika anda nak jual rumah dengan mudah, menjimatkan masa, tenaga dan kos anda, ada baiknya serahkan tugas tersebut kepada Perunding Hartanah.

Kami akan bantu sebaiknya.

Nak kami bantu anda? Klik SINI

Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?

1. Combo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

Related Posts

Compare

Enter your keyword