Info Hartanah

Langkah-langkah Tukar Nama Akaun Bil Air

Apabila anda membeli rumah Subsale, ada beberapa akaun yang perlu anda tukar kepada nama anda selaku pemilik rumah yang baru. Antara yang wajib ditukar adalah nama bagi akaun bil air. Langkah-langkahnya sangat mudah. Anda hanya perlu ikut step yang kami sertakan dalam artikel ini. Langkah berikut adalah bagi penukaran akaun secara manual.

1. Sediakan Dokumen

Nak daftar akaun baru untuk bil air, ada beberapa dokumen yang anda perlu sediakan. Berikut saya senaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan (1.1-1.3):

1.1 Senarai dokumen

  1. Salinan IC/Kad Pengenalan
  2. Salinan Borang 9 @SSM & Cop Syarikat (Jika permohonan atas nama syarikat)
  3. Salinan Sale & Pruchase Agreement (S&P) @ Geran @ Tenancy Agreement @ Surat Tawaran/Kebenaran Premis Kerajaan
  4. Tambahan: Surat wakil & salinan IC wakil (jika pemohon tidak hadir ke kaunter)
  5. Borang permohonan yang lengkap diisi (Boleh dapatkan di cawangan yang berdekatan)

1.2 Ambil Gambar Meter Air

Dah selesai untuk bahagian dokumen tu. Jangan lupa untuk ambil gambar untuk beberapa perkara.

  1. Gambar bacaan meter (TERKINI)
  2. Gambar meter stand yang lengkap

Pastikan gambar diambil dengan jelas. Bacaan meter boleh dibaca. Andai dah ambil gambar, print out gambar tadi. Kira anda kena ready salinan untuk kedua-dua gambar (Bacaan meter & meter stand)

1.3 Ready Duit Deposit

Untuk tukar akaun, bayaran deposit akan ada. Jadi ready duit deposit sama ada dalam bentuk tunai@bank draf sahaja.

2. Hadirkan Diri Ke Cawangan Berdekatan

Hadirkan diri anda di cawangan yang berdekatan. Sebagai contoh anda menetap di Shah Alam, Selangor. Cawangan Air Selangor yang paling berdekatan dengan anda adalah Air Selangor cawangan Klang. Bawa segala dokumen yang diperlukan di cawangan tersebut.

3. Ambil Nombor Giliran Di Kaunter Hadapan

Kebiasannya, akan ada person in charge yang akan bantu anda di kaunter hadapan. Ambil nombor giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil.

4. Berurusan di Kaunter Utama

Semasa di kaunter, segala dokumen yang diperlukan akan diminta oleh pekerja di kaunter. Urusan pendaftaran dan penukaran nama akan diuruskan di kaunter ini. Pastikan segala butiran pada borang permohonan diisi dengan betul dan lengkap beserta tandatangan pemilik premis.

5. Membuat Bayaran Deposit

Selesai penukaran akaun, maka anda perlu membuat pembayaran deposit di kaunter utama. Ambil resit dan urusan anda selesai.

Mudah bukan? Moga dengan artikel ini anda dapat gambaran bagaimana nak buat penukaran akaun untuk bil air selepas ini. Jangan lupa untuk share artikel supaya lebih ramai cakna tentang perkara ni.

Stay tuned untuk artikel-artikel akan datang.

DAPATKAN PANDUAN LENGKAP HARTANAH ANDA SEKARANG!!!

1. Kombo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258

2. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258

3. Kombo Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258

BACA: Dinding Rumah Sebelah Bocor? Apa Hak Anda Sebagai Jiran

Related Posts

Compare

Enter your keyword