Info Hartanah

Untung Kalau Beli Rumah Baru Kat Malaysia

Pembeli rumah kebanyakannya suka rumah baru berbanding rumah subsale terutama buat mereka yang bergelar pembeli rumah pertama. Ada beberapa faktor yang mereka ambil sebelum bercadang untuk beli rumah tersebut. Berikut kami kongsikan antara sebab-sebabnya:

1. Datang dengan design menarik

Pembangunan projek perumahan baru lazimnya didatangi dengan kepelbagaian design menarik yang ditawarkan oleh pihak pemaju. Antara design menarik yang ditawarkan adalah seperti british colonial, corak moden, minimalis dan lain-lain lagi. Ianya sesuai dengan citarasa dan kena dengan jiwa sesetengah pembeli. Idea dan konsepnya juga tidak hanya tertumpu kepada binaan rumah itu sahaja malah landskap perumahan itu turut diambil kira dalam corak pembinaan mereka. Pemilihan pokok-pokok dan tumbuhan yang ditanam, bahan binaan turut dititikberatkan.

2. Kebiasaannya ada waranti daripada pihak pemaju

Untuk mereka yang beli rumah baru, jangan risau. Waranti akan sentiasa disediakan oleh pihak pemaju. Dalam tempoh waranti tersebut anda boleh nyatakan sebarang kerosakan (defect) yang ada kepada pihak berkenaan. Nanti mereka akan laksanakan tugas mereka membaiki sebarang kerosakan yang dialami pada unit rumah anda. Andai kata ada sebarang kebocoran berlaku, simen kurang bawah tiles, sistem perpaipan tak berfungsi, suis tak function boleh laporkan terus kepada pihak pemaju. Free sahaja untuk membaiki kerosakan tersebut. Itu yang untung kalau beli rumah baru.

Jadi, sebelum nak pindahkan barang-barang perkakasan serta perabot rumah anda pastikan buat defect inspection terlebih dahulu sama ada buat sendiri atau upah mereka yang mahir sebab masih ada peluang untuk claim warranty selagi ianya masih valid. Jika laporan anda lebih tempoh yang diberi, sebarang kerosakan yang dialami anda yang kena tanggung sendiri. Anda perlu keluar duit dari poket anda.

3. Pakej promosi yang best-best

Pakej yang ditawarkan oleh pihak pemaju selalunya best-best. Banyak benda kadang-kadang yang boleh kita dapat PERCUMA sahaja dalam pembelian rumah. Ada sesetengah projek menawarkan percuma yuran guaman, percuma duti setem, zero booking dan sebagainya. Pakej-pakej ini membuka ruang dan peluang untuk pembeli memiliki hartanah dengan entry cost yang rendah. Kos anda dapat dijimatkan dan boleh dibelanjakan untuk keperluan rumah yang lain.

Di samping itu, apa yang lebih menarik, sesetengah projek menawarkan perabot secara percuma. Kiranya anda akan masuk rumah dalam keadaan partially furnished. Ada kalanya lengkap dengan pendingin hawa, kitchen cabinet, kipas siling,

4. Sudah tentu dapat rumah baru

Paling utama ialah nama pun rumah baru confirm anda akan dapat rumah BARU! Fresh from oven. Anda adalah pemilik pertama unit anda. Luar dalam semua serba baru. Rasa rumah lebih teguh dan solid berbanding rumah yang berusia.

Kesimpulannya, belilah rumah yang anda berkenan dan sesuai dengan kemampuan gaji anda. Baik rumah baru atau subsale. Dua-dua ada pro and cons tersendiri. Tiada hartanah yang sempurna dalam dunia ini. Setiap satu rumah yang dibina pasti akan ada keunikan tersendiri.

Kalau anda rasa berkenan kat hati nak mencari rumah baru yang best-best boleh klik SINI. Tetapkan lokasi yang spesifik macam Kajang atau sebagainya. Nanti kami bantu anda.

Related Posts

Compare

Enter your keyword