Beberapa pelanggan sebelum ini pernah bertanyakan soalan kepada admin berkenaan berapa amaun yang bakal penyewa kena ready kalau nak sewa rumah? Jadi, memandangkan ada yang bertanya, maka admin buat satu artikel khas supaya anda faham berapa amaun yang perlu anda sediakan. Admin bagi situasi sekali.
Contohnya: Zack nak sewa unit apartment di Shah Alam. Sewaan bulanan bersamaan RM1000 dan Zack nak sewa untuk tempoh 2 tahun (option renewal).
Zack kena ready deposit seperti berikut,
i- 2 months security deposit
Zack perlu sediakan deposit 2 bulan untuk security deposit.
Security deposit = 2 months x RM1000 rental per month = RM2000
ii- 1 month advance rental
Advance rental = 1 month x RM1000 rental per month = RM1000
Advance rental berfungsi untuk bayaran sewa awal. Ini bermakna jika Zack nak sewa untuk bulan Februari. Jika advance rental dah dibuat, oleh itu sewaan bulan Februari kira dah settle. Hanya perlu ready untuk bayaran sewa bulan seterusnya (Mac) pula ikut tarikh yang ditetapkan dan dipersetujui.
iii- 0.5 month for utility deposit
Utility deposit = 0.5 month x RM1000 rental per month = RM500
iv- Tenancy Agreement
Untuk Tenancy Agreement kebiasaannya anda boleh tanyakan pada property agent. Mereka ada skala yang ditetapkan berdasarkan harga sewaan dan tempoh sewaan. Selain itu, agreement ini akan disertakan dengan stamping sekali agar ia menjadi sebuah perjanjian sewa yang sah antara penyewa dan pemilik rumah.
Total Calculation = RM2000 + RM1000 + RM500 + TA = RM3500 + TA
Jadi, secara keseluruhannya Zack perlu ready anggaran dalam RM3500++
***Nota tambahan: Security deposit & utility deposit anda boleh claim dan dapatkan balik duit deposit tersebut daripada tuan rumah selepas tamat kontrak tempoh sewaan. Kedua-dua deposit tersebut berfungsi untuk melindungi hak pemilik rumah jika berlaku kerosakan kondisi rumah dan masalah-masalah lain.***
Kesimpulan
Kesimpulannya, jika anda nak menyewa rumah anda perlu sediakan amaun untuk (2 months security deposit + 1 month advance rental + 0.5 month for utility deposit + TA). Nak lebih mudah, jika anda dah berminat dengan unit sewaan tersebut. Terus tanyakan pada property agent berkenaan bayaran yang perlu dibuat. Nanti agent tersebut akan buat breakdown kiraan supaya anda faham dengan lebih jelas.
BACA: 3 Kelebihan Menyewa Rumah di Malaysia
Nak dapatkan panduan lengkap dalam hartanah?
1. Kombo Ebook Rumah Lelong >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahLelong/1258
2. Combo Rumah Subsale >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/RumahSubsale/1258
3. Rahsia Tanah Anda >> https://rumahlelong.onpay.my/order/form/EbookRahsiaTanahAnda/1258