Info Hartanah

Jangan Renovate Rumah Sesuka Hati!

Sebenarnya, jika anda tinggal di rumah berstatuskan strata, anda tidak oleh membuat pengubahsuaian rumah sesuka hati. Lebih-lebih lagi apabila ruang atau tanah yang digunakan untuk membuat binaan bukan hakmilik anda.

Sayang apabila rumah yang ditambah sebenarnya tidak dibenarkan mengikut Akta 133 dan Akta 757. Kesannya, Majlis Perbandaran terpaksa memainkan peranan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk merobohkan struktur tambahan haram yang nyata menggunakan ruang harta bersama yang bukan hak mutlak pemilik tapi adalah dikongsi secara bersama.

Kediaman berstrata seperti flat, apartmen dan kondominium terikat dengan Akta 757 di mana lot petak hanya terhad kepada keluasan petak yang dibeli sahaja. Isu keselamatan penduduk sekitar juga perlu diambil kira sekiranya tambahan rumah itu kelak mengganggu kerja-kerja menyelamat oleh pihak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang malapetaka seperti kebakaran dan sebagainya.

Antara tindakan penguatkuasaan yang boleh dilaksanakan adalah atas kesalahan membina struktur tambahan tanpa kebenaran PBT. Tindakan notis dan roboh serta-merta boleh diberi dan dilaksanakan berdasarkan Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) berikutan tambahan struktur baharu di bahagian tepi dan belakang yang tidak dibenarkan bagi bangunan kediaman bertingkat.

Contoh kejadian di Flat UTM,

Sumber: MPAJ

BACA: Pilih Hartanah Yang Betul. Tapi Kenapa?

Related Posts

Compare

Enter your keyword