Dalam pembelian rumah, terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat untuk membiayai rumah. Sama ada dengan menggunakan cash, pembiayaan bank, atau loan LPPSA. Lazimnya, peduduk di Malaysia membeli rumah dengan menggunakan pembiayaan daripada pihak bank. Maka yang sering menjadi isu dan keluhan ramai orang adalah apabila permohonan pembiayaan mereka ditolak oleh institusi kewangan seperti bank.
Oleh sebab itu, dalam artikel kali ini saya ingin berkongsi dengan anda serta mengulas beberapa sebab kemungkinan permohonan pembiayaan anda tidak berjaya diluluskan oleh pihak institusi kewangan.
Gaji Terlalu Kecil
Faktor gaji memainkan peranan yang besar dalam usaha untuk membuat loan dengan pihak bank. Masalah ini sering berlaku pada individu yang membeli rumah yang harganya agak tinggi dan mempunyai komitmen yang banyak.
Apabila anda ingin membeli rumah dengan maksimum kelayakan, bank akan tengok kemampuan anda untuk bayar instalment atau ansuran bulanan nanti. Kalau dari awal bank dah dapat detect yang ability gaji anda rendah untuk membeli rumah tersebut. Tak mustahil untuk loan anda kena reject.
Jadi, nak beli rumah, carilah harga yang seimbang dan sepadan dengan komitmen yang anda ada atau anda perlu usaha menambahkan pendapatan dengan bekerja part time untuk besarkan jumlah gaji anda.
Terlalu Banyak Komitmen
Komitmen seperti instalment motor, kereta, dan credit card semua ini akan memberi kesan terhadap permohonan anda. Lebih-lebih lagi buat mereka yang gemar mengambil personal loan. Bila mana gaji anda rendah dan ada terlalu banyak komitmen.
Permohonan pembiayaan rumah anda berpotensi tinggi untuk ditolak (reject) oleh pihak bank. Ini kerana hasil daripada gaji ditolakkan bersama komitmen-komitmen yang dicipta mungkin akan menjejaskan baki duit bulanan anda. Pihak bank sendiri dah boleh nilai lebihan pendapatan yang anda ada itu mampu atau tidak untuk membiayai ansuran bulanan bagi rumah yang anda ingin beli setiap bulan.
Tiada Langsung Rekod
Percaya atau tidak, jika anda tiada langsung rekod skor kredit atau bersih suci murni, bank agak sukar untuk luluskan pembiayaan perumahan anda.
“Tapi bukan bagus ke kalau kita takde hutang langsung? Kenapa bank tak senang-senang bagi loan pada mereka yang tiada langsung rekod pembayaran?”
Hal ini demikian kerana bank tak tahu sama ada anda ini seorang yang mampu atau tidak untuk buat pembayaran pada kadar dan masa yang ditetapkan. Pihak bank boleh meragui sama ada anda good pay master atau tidak. Maka untuk sesiapa yang rekodnya terlalu bersih, ciptalah sedikit track record untuk memudahkan urusan permohonan loan anda.
BACA: Kepentingan Bina Credit Score
Salah Pilih Bank
Ada sesetengah bank syarat permohonan pembiayaan perumahan agak ketat untuk profil anda. Setiap bank ada syarat dan terma tersendiri yang berbeza-beza. Sebaiknya, carilah bank yang serasi dengan kelayakan dan profil kewangan anda. Istilah bank yang terbaik tiada, tetapi bank yang serasi dengan diri anda itu InshaAllah pasti ada.
Kaji dan teliti dahulu syarat serta terma bank yang bersesuaian dengan anda. Dapatkan juga tips dan info daripada rakan-rakan seperti banker atau perunding hartanah. Mereka ini lebih tahu dan arif bank mana yang sesuai dengan status kewangan anda.
CCRIS Tak Cantik
Kalau CCRIS rekod anda cantik, semua ‘0’ sahaja dan komitmen tidak terlalu tinggi. Kebiasannya, bank tidak akan ada masalah malah akan mudah luluskan permohonan anda. Jika sesebuah intitusi kewangan seperti bank nak luluskan pinjaman seseorang, pihak mereka akan merujuk rekod dalam CCRIS report.
Kalau rekod anda dalam CCRIS tak berapa elok, agak sukar untuk anda dapatkan pinjaman daripada pihak bank. Kadang bukan takat susah, malah kena loan kena reject terus. Maka, dari awal lagi anda kena jaga profil kewangan anda.
Muflis/Bankrap
Sekali anda kena cop muflis dengan rasminya, secara automatik anda takkan dapat dan boleh buat apa-apa pinjaman daripada pihak bank sampailah tempoh muflis selesai. Jadi, berhati-hatilah sebelum nasi sudah menjadi bubur.
Itu sahaja untuk artikel kali ini. Semoga info yang diberikan sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda untuk masa akan datang!
Ikuti saya di platform Tiktok untuk mempelajari tips-tips hartanah secara PERCUMA.
Klik SINI.